My Slide Show

Nuffnang

Friday, August 27, 2010

Aktiviti Mencandat Sotong


































Aktiviti mencandat sotong amat sinonim dengan perairan negeri Terengganu dan lazimnya apabila menjelang akhir bulan April hingga Julai, pasti ramai datang berkunjung untuk merasai sendiri pengalaman itu.

Bagi mereka yang pertama kali mencuba aktiviti ini akan terasa teruja lebih-lebih lagi apabila terbayangkan hasil tangkapan yang mampu mencecah sehingga puluhan malahan ratusan dalam satu malam jika terkena pada kandangnya. Itu pun jika seseorang itu tidak mendapat mabuk dek buaian bot yang berhayn mengikut alunan ombak terutama apabila sauh bot diturunkan.

Oleh itu, bagi mereka yang kurang biasa melakukan aktiviti candat ini, pasti anda mengambil ubat penahan mabuk laut terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada berputih mata dan makan hati apabila melihat rakan lain seronok menaikkan seekor demi seekor hasil tangkapan.

Lazimnya, kegiatan ini akan bermula ketika waktu matahari terbenam sehingga fajar menyinsing kerana sotong akan mula berkumpul dan bermain di sekitar kawasan bos disebabkan tertarik dengan cahaya lampu yang dipasang.

Kerana itulah di persisiran laut di seluruh negeri Terengganu bermula Kemaman sehinggalah ke Besut terutama perairan Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Bidong pada waktu itu, kelihatan bagaikan ada pesta di tengah laut apabila diterangi dengan sinaran lampu yang ada pada bot-bot nelayan ini.

Antara candat yang sering digunakan ialah candak jenis twist, udang, umpan, buntai dan pelbagai jenis candat yang mempunyai kail melebihi sepuluh mata yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni.

Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPNT), Ahmad Fathil Abd Ghani berkata, aktiviti mencandat sotong telah mula dipromosikan sebagai satu daripada aktiviti dalam kalendar pelancongan negeri sejak tahun 1990 lagi.

"Jika dahulu, aktiviti ini merupakan kegiatan yang dilakukan oleh nelayan untuk mencari rezeki, namun kini ia dijadikan sebagai aktiviti menarik kedatangan pelancong ke negeri ini.

"Kini apabila tibanya musim mencandat, nelayan juga memperolehi peluang untuk menambahkan sumber pendapatan mereka dengan membawa pelancong tidak kira dari dalam atau luar negeri untuk mencuba aktiviti ini dengan sewa bot RM500 bergantung pada saiz bot", katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata, MTPNT dengan kerjasama Tourisam Malaysia giat mempromosikan aktiviti ini dengan mengadakan Fiesta Mencandat Sotong di Pulau Redang sejak tahun lepas.

Pakej-pakej untuk kegiatan ini turut diselikan dengan pakej penginapan bagi menarik bukan sahaja untuk pelancong tempatan tetapi luar negara yang diadakan dengan kerjasama pengusaha pelancongan di negeri ini.

Mereka yang berminat menyertai aktiviti ini boleh mendapatkan keterangan lanjut daripada agensi-agensi pelancongan di negeri ini, MTPNT atau Pelancongan Malaysia.

Sumber dipetik dari Tourism Malaysia.


Bas Bandar Terengganu



























Pertama kali di Terengganu, bas bercirikan tradisional istana lama melalui reka bentuk atap yang unik, beridentitikan kebudayaan negeri diperkenal kepada orang ramai.

Dua bas berkenaan diberi nama sempena dengan dua lokasi pelancongan terunggul Terengganu iaitu "Kenyir" dan "Redang".

"Bas Bandar" memulakan operasi bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam setiap hari membawa penumpang ke destinasi pelancongan antaranya Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Pusat Kraftangan di Chendering, Pasar Besar Payang, Bukit Puteri, Istana Maziah dan Muzium Negeri serta beberapa lagi tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu.

Bas ini bakal menjadi tarikan baru pelancong untuk melawat ke lokasi pelancongan sekitar Kuala Terengganu.

Friday, August 20, 2010

Air Terjun Chemerong



































Air terjun Chemerong terletak di Gunung Berembun yang mana mempunyai ketinggian 2077 meter.

Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.


Air Terjun Menderu






























Air Terjun Menderu ini terletak di daerah Kemaman. Lebih kurang 30km dari Chukai, Kemaman.

Para pengunjung boleh melakukan aktiviti perkhemahan dan perkelahan disini. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti wakaf, tandas, surau dan bangku.



Air Terjun Jeram Tanduk












































Jeram Tanduk Air Puteh ini terletak di Kampung Air Puteh dan jarak untuk ke air terjun jeram ini ialah 10km dari Kampung Air Puteh dengan suasana perjalanan yang amat sesuai bagi mereka yang gemarkan cabaran.

Untuk ke Kampung Air Puteh ini hanya 32km dari Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu.

Merupakan salah satu destinasi pelancongan dan perkelahan yang menarik serta mudah untuk dikunjungi dan terkenal dengan keindahan alam semulajadi.

Apa yang lebih menarik di kawasan air terjun Jeram Tanduk ini ialah terdapat banyak jeram yang menarik antaranya Jeram Sisir, Jeram Kota, Jeram Gajah dan Jeram Galang.




Wednesday, August 11, 2010

Gua Bewah






























































Gua Bewah terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Bewah bermaksud aktiviti kenduri-kendara. Terdapat beberapa gua batu kapur yang disini seperti Gua Taat dan Gua Batu Tok Bidan.

Gua Bewah juga dikenali sebagai Gua Tahi Kelawar. Najis burung kelawar menghasilkan tanah yang sangat subur khususnya di sekitar sepanjang tangga dari pelantar Bewah hingga ke pintu masuk gua dan kaya dengan tumbuhan keladi besar dan cili padi.

Tanjung Bewah dibangunkan sebagai tapak perkhemahan yang lengkap dengan tandas, pondok wakaf dan barbeque. Ramai pemancing mengunjungi Gua bewah ini.

Para pelancong boleh datang ke Gua Bewah ini dengan memandu kira-kira 35km dari Kuala Berang hingga ke Tasik Kenyir.

Taman Burung Kuang Ajil








































Taman burung seluas 0.688 hektar itu yang terletak di Ajil, sebuah pekan yang mengambil masa kira-kira 35minit perjalanan dari Kuala Terengganu menghala Kuala Berang, mempunyai kira-kira 30 spesis burung kuang dan enam jenis merak yang diperolehi dari dalam dan luar negara.

Kicauan burung yang beraneka warna serta ukuran itu menyerikan suasana Taman Kuang Ajil yang dibangunkan sejak beberapa tahun lepas.

Taman ini dibuka kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Burung-burung itu diberi makan 2 kali sehari dengan makanan burung serta buah-buahan seperti pisang,epal dan betik serta sayur sayuran.


Kelip-Kelip Di Sungai Yak Yah







































Kelip-kelip atau dikenali sebagai kunang-kunang adalah sejenis serangga bersayap yang mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip pada waktu malam.

Pelbagai aktiviti menarik yang didapati disini antaranya melihat habitat spesis kunang-kunang yang terbesar di Malaysia pada waktu malam.

Terletak di daerah Kemaman iaitu di Sunyai Yak Yah.







Santuari Gajah Sungai Ketiar





















































































Tasik Kenyir yang terletak kira-kira 70 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu menjadi antara tasik buatan manusia yang menakjubkan di dunia.

Kekuatan tarikan alam yang dimilikinya menjadikan Tasik Kenyir yang mempunyai keluasan kira-kira 380,000 hektar, sebagai syurga kepada pencinta alam semula jadi, pemancing, pemain golf serta mereka yang gemarkan aktiviti rekreasi.

Antara tarikan utamanya ialah air terjun, gua, sungai yang kaya dengan ikan air tawar, gunung untuk didaki, denai untuk merentas hutan dan tidak ketinggalan tasik yang sesuai bagi aktiviti sukan air seperti jet ski, berkayak, berkenu serta perlumbaan perahu.

Namun, pengunjung kini boleh menikmati kelainan apabila melawat Tasik Kenyir dengan adanya Santuari Gajah Sungai Ketiar (SGSK) yang baru dibuka pada 29 Jan lepas.

Terletak bersempadan dengan Taman Negara dan Hutan Simpan Hulu Besut serta berdekatan dengan Santuari Kelah di Sungai Petang, SGSK yang meliputi keluasan kira-kira 15,000 hektar, merupakan tarikan baru pengunjung ke tasik berkenaan.

WAKTU MELAWAT

Pengurus SGSK, Zulkifli Ayob, berkata santuari itu yang mula dibuka kepada orang ramai pada 30 Jan lepas, beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Beliau berkata setakat ini, SGSK telah menerima kunjungan 8,800 pelawat dan 69 daripadanya ialah pelancong asing.

"SGSK menerima kunjungan paling ramai pelawat pada Hari Pekerja lepas iaitu seramai 578 orang. Sebahagian besar adalah rakyat tempatan yang melalui kawasan ini untuk ke Tasik Kenyir dan Cameron Highlands," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai yang melalui kawasan berkenaan supaya tidak panik apabila terserempak dengan gajah yang berkeliaran di situ terutama dari pukul 4.30 pagi hingga 6.30 pagi.

"Mereka yang melalui kawasan ini, jangan bunyikan hon kereta atau menyuluh ke arah gajah-gajah liar ini. Tindakan ini akan menyebabkan haiwan ini yang biasanya bergerak dalam kumpulan menjadi ganas," katanya.


sumber dipetik dari Tourism Malaysia



Desa Ukiran Kayu





















































Desa Ukiran Kayu ini merupakan Senibina Rumah-Rumah Baru dan Lama yang mengekalkan senibina tradisional untuk Pusat Dinamik Perusahaan Kraftangan terutamanya Seni Ukiran.

Desa Ukiran Kayu ini dibina pada awal tahun 2005 dan siap pada bulan Jun 2007. Dibuka dengan rasminya pada 21 Februari 2008.

Sumber dipetik dari desaukirankayu.blogspot.com




Muzium Negeri Terengganu















































Ini adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini.

Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu.

Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional dan taman botani serta taman ulam.

Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni islam dan banyak lagi.

Para pengunjung boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket yang terletak di Jeti Shahbandar, berhadapan Pejabat Pos Utama. Harga tiket ialah RM5 seorang.

Mereka yang ingin memandu sendiri ke Muzium, harus mengambil laluan ke Kampung Losong yang terkenal dengan pembuatan keropok lekor. Muzium itu dapat dilihat di atas Bukit Losong.

Hanya 15 minit perjalanan menggunakan bas dari stesen bas MBKT ke Muzium atau Losong.

Dari stesen Teksi Kuala Terengganu, perjalanan hanya 10 minit untuk ke Muzium.



Talian Untuk Dihubungi
Pejabat Tourism Malaysia Negeri Terengganu, Tingkat 5, Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu. Tel: +609-622 1433 / 1893 Faks: +609-622 1791


Istana Maziah









































Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu. Istana ini terletak berhampiran dengan Bukit Puteri, kira-kira 220 meter dengan gigi air sungai Kuala Terengganu. Di istana inilah upacara rasmi negeri diadakan seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri.

Istana Maziah sebenarnya dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang terbakar dahulu. Istana Hijau dibina sewaktu pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac 1870.

Arkitek pembinaan Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar Bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara kepada Sultan Zainal Abidin III. Beberapa orang lain turut berjasa dalam menyediakan pelan dan menyiapkan Istana Maziah, iaitu Engku Besar Paduk Raja Sayyid Abdullah Bin Zin Al-Idrus, Muhammad bin Abdul Rahim dan Dato' Mata-Mata.

Bekalan kayu untuk membina istana datang dari Dungun dan diselia oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Bekalan batu-bata dan kapur pula diuruskan oleh Tengku Besar Paduka Indera.'

Istana Maziah pada asalnya dibina dengan menggunakan campuran bahan binaan iaitu kapur, tanah liat, putih telur dan gula. Hampir 20 tukang kayu keturunan Melayu dan Cina bertanggungjawab dalam pembinaan Istana Maziah ketika itu.

Beberapa pengubahsuaian turut dilakukan sepanjang zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badul Alam Shah (1920-1942) dan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1945-1979). Tambahan turut dibuat ke atas istana pada 1972 dan 1998.

Istana Maziah adalah kediaman rasmi Sultan Terengganu. Ia terletak di Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu.

Anda boleh ke Istana Maziah menggunakan Jalan Sultan Zainal Abidin dan Jalan Hiliran. Untuk ke Terengganu, anda boleh menggunakan kapal terbang, kereta, bas atau teksi.




Wednesday, August 4, 2010

Pantai Air Tawar





























Secara amnya tarikan pantai merupakan sumber aktiviti pelancongan yang utama di Daerah Besut. Antara pantai-pantai sedia ada yang menjadi tumpuan pelancong ialah Pantai Air Tawar, Pantai Bukit Keluang dan Pantai Dendong.

Antara aktivit yang dijalankan di pantai-pantai tersebut adalah seperti perkelahan, mandi-manda dan bersiar-siar di persisiran pantai. Kawasan peranginan ini sebenarnya sudah lama wujud dan sentiasa dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap petang dan hujung minggu ataupun pada musim cuti.

Di sini terdapat kemudahan seperti hotel, chalet, pondok telefon, gerai-gerai makanan, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain.

Pada setiap tahun kawasan peranginan ini sentiasa diadakan Pesta Kebudayaan dan Kesenian bagi menyambut kedatangan para pelancong kesini.

Pantai Air Tawar terkenal dengan keindahan pantainya dan tidak begitu asing lagi bagi penduduk setempat. Dengan kemudahan yang ada, ia kerap menjadi destinasi percutian keluarga selain menjadi tempat pilihan untuk menjalankan aktiviti kebudayan dan sebagainya. Kemudahan astaka yang disediakan memudahkan pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan.