My Slide Show

Nuffnang

Thursday, July 15, 2010

PULAU TENGGOL



























































Pulau Tenggol terletak di luar pantai negeri Terengganu, Malaysia. Lokasinya di perairan Laut China Selatan dan terdedah kepada tiupan Angin Monsun Timur laut yang kencang pada bulan Oktober-Januari setiap tahun.

Keindahan pulau ini menjadi tarikan pelancong untuk aktiviti skuba menjeak terumbu karang dan kapal karam.

Para pelancong boleh menginap di Tenggol Island Beach Resort.


PULAU GEMIA















































Pulau Gemia terletak di Terengganu berhampiran dengan Pulau Kapas. Biasanya pelancong yang datang ke Pulau Kapas akan pergi ke Pulau Gemia ini. Terdapat sebuah tempat peranginan di Pulau Gemia.

Para pelancong boleh menginap di Gem Island Resort & Spa.



PULAU BIDONG












































Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia. Ianya terletak di luar pantai Terengganu di Laut China Selatan.

Pulau Bidong terletak kira-kira 25km dari utara Merang dan mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan menggunakan kereta dari Kuala Terengganu. Dari jeti Kuala Terengganu menggunakan feri mengambil masa perjalanan diantara 1 jam 30 minit.

Para pelancong boleh menginap di Emerald Islands.




PULAU LANG TENGAH










































Pulau Lang Tengah ialah sebuah pulau di luar pantai Terengganu, Malaysia. Air lautnya jernih, pantai putih bersih serta hutan tropika yang belum diterokai. Ia terletak diantara Pulau Redang dan Pulau Perhentian dan dihubungkan ke daratan oleh feri dari Merang.

Setakat ini terdapat 4 hotel yang terdapat di pulau ini, antaranya:




Monday, July 12, 2010

PULAU PERHENTIAN










































Pulau Perhentian ini terletak sekitar 10 batu nautika (19km) dari pantai dalam Negeri Terengganu, sekitar 40 batu (64km) selatan dari sempadan Thailand.

Pulau Perhentian diberi nama kerana dulunya ianya dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.

Para pelancong boleh menginap di beberapa resort yang ada di pulau ini, klik sini ye.!!


.

PULAU RHU HENTIAN






































Pulau Rhu Hentian terletak kira-kira 15 batu nautika dari pelabuhan kecil Kuala Besut, di utara Terengganu. Pulau Rhu Hentian ini adalah tempat pelancongan yang baru di terokai dan sedang giat dimajukan untuk dijadikan salah satu pusat tarikan pelancong ke Negeri Terengganu ini.

Mengambil masa diantara 20 hingga 30 minit dari terminal pelancongan Kuala Besut menggunakan bot.

Pulau Rhu Hentian ini juga seperti kepulau lain yang mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik dengan pantai putih bersih. Para pelancong boleh menikmati keindahan dipulau ini sambil menjalankan aktiviti seperti menyelam untuk melihat karang, siput, rumpai air dan pelbagi jenis ikan. Pelancong juga meredah hutan, berkhemah, memancing. Pasti menyeronokkan!!

Para pelancong boleh menginap disini, Rhu Hentian Resort.



Pantai Kemasek



























Pantai Kemasek merupakan pantai yang amat indah dengan pasir yang keemasan dan air yang jernih. Memandangkan pantai ini mengadap lautan lepas menyebabkan tiada lumpur mendak pada kawasan ini. Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah pantai ini.



Pantai Kelulut Di Marang





























Pantai Kelulut terletak di antara Marang dan Rantau Abang. Pasir yang putih bersih ini sesuai untuk para pengunjung mandi.
Pantai ini juga mempunyai keindahan semulajadi serta pemandangan yang indah, pohon kelapa yang meliuk-liuk dan udara yang segar.

Terletak kira-kira 17km dari Kuala Terengganu.

Para pelancong boleh menginap di beberapa resort atau hotel yang sedia ada di pantai ini antaranya:

3. Marang River View Resort.


Pantai Bukit Kluang



























































Pantai Bukit Keluang ini terletak kira-kira 4km dari Pekan Kuala Besut. Terdapat sebuah pintu gerbang pada laluan tepi jalan untuk ke pantai tersebut sekiranya melalui jalan Kuala Besut ke Jerteh. Boleh dilawati melalui jalan darat.

19km dari Bandar Jerteh, pantai ini juga merupakan salah sebuah pusat peranginan yang utama di daerah Besut ini.

Terdapat banyak kemudahan seperti rumah rehat, restoran ,tandas awam, wakaf dan lain-lain laig. Kehijua hutan yang belum diterokai mendamaikan mata yang memandang. Pasir yang putih bersih serta keindahan pulau-pulau kecil yang boleh dilihat dari jauh menjadikan tempat ini destinasi pelancongan bagi para pengunjung.

Para pengunjung boleh menginap di hotel atau resort yang tersedia ada antaranya:

Pantai Penarik











































Pantai Penarik ini terletak di dalam kawasan rekreasi yang sering di hadiri para pelancong. Sesuai untuk dijadikan kawasan perkhemahan, dengan suasana pemandangan yang indah, butiran pasir yang putih dan bersinar pasti memukau sesiapa saja yang bertandang disini.

Pengunjung boleh menginap di Penarik Inn Hotel.


Pantai Merang











































Pantai Merang merupakan pintu gerbang ke Pulau Redang. Terletak di Daerah Setiu. Walaupun pantai ini bukan salah satu kawasan terkenal di pantai timur ini, tetapi dengan pasir putih yang panjang dan pohon kelapa yang meliuk indah membuatkan pantai ini menjadi tumpuan pelancong berhenti rehat mengambil udara segar sambil menikmati deruan angin laut yang mengasyikkan.


Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"




























Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang" ini terletak kira-kira 30km dari Kuala Terengganu atau 15km dari Merang di utara.

Pantai Batu Rakit ini cantik dengan pantai yang bersih dan dihiasi dengan bot-bot nelayan yang berwarna warni dan dilitupi dengan hutan simpan.


PERMAINAN GASING













































Gasing popular di Semenanjung terutama Kelantan dan Terengganu. Orang dewasa yang memajukan permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing melayu dan cina, kerana saiz kecil dan mudah digunakan.


NOBAT DIRAJA













































Boleh dikata kebanyakkan Negeri-Negeri Beraja di Malaysia menggunakan Nobat sebagai sebahagian alat kebesaran Diraja. Demikian juga di Terengganu di mana Sultan yang memerintah menggunakan Nobat sebagai alat kebesaran Diraja.

Nobat dimainkan setiap hari, pagi dan petang, semasa berlangsungnya majlis perkahwinan Diraja dan pada waktu-waktu tertentu. Ianya dibunyikan pada tiap-tiap petang sebelum berbuka puasa pada bulan Ramadhan dan petang Aidilfitri dan Aidiladha. Nobat juga dimainkan hari khamis (petang jumaat) di Istana.


MASJID KRISTAL


























































Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Keunikkan masjid ini adalah ianya dibina mengunakan kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan seramai 700 orang jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan wifi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Quran elektronik.


Saturday, July 10, 2010

KUIH BENGKANG
















Kuih Bengkang merupakan salah satu makanan tradisi yang terdapat di Negeri Terengganu. Tetapi kuih bengkang ini juga terdapat di mana-mana negeri yang terdapat di Malaysia kerana ianya mudah dibuat dan sangat sedap jika dinikmati di waktu petang.

Jom kita kongsi resepi Kuih Bengkang dari Terengganu ini.

Untuk membuat Kuih Bengkang:

1kg tepung beras
11/2 liter air
4 biji telur ayam

Untuk membuat kuah lemak kuih bengkang:

1 biji kelapa (santan)
1 cawan tepung beras
10 ulas bawang merah (dimayang)
1 sudu halba
1/2 inci halia (dihiris halus)
garam secukup rasa

Untuk membuat kuah manis:

1 cawan tepung beras
4 keping gula melaka (kecil)
2 cawan air

Untuk membuat sambal ikan:

1kg ikan kembung@selayang
1 biji kelapa parut
300g bawang merah
2 inci halia

Cara membuat kuih bengkang:

Tepung beras dibancuh dengan air dan telur, bancuh hingga sebati, kemudian dibakar dalam acuan kuih baulu.

Cara memasak sambal ikan:

Ikan direbus dan diambil isi sahaja. Kemudian santan kelapa, bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding.

Cara membuat kuah lemak:

Bawang merah, halba, tepung beras, halia dan santan dimasak hingga pekat. Masukkan garam secukup rasa.

Cara membuat kuah manis:

Tepung beras, air dan gula melaka dimasak sehingga pekat.

*Resepi ini adalah makanan tradisional Terengganu.




Friday, July 9, 2010

Rodat





























Rodat merupakan hiburan tradisi yang mempunyai fungsi sosial berhubung dengan perisian kehidupan bermasyarakat.
Pantun dan sajak yang dinyanyikan di dalam persembahan Rodat mempunyai peranan dan pengaruh. Dalam konteks ini pantun dikonsepsikan sebagai satu bentuk nasihat, adat, berbudi bahasa,jenaka, kasih sayang yang disampaikan dalam bahasa yang berirama serta indah dan mengasyikkan.

Seni persembahan ini adalah satu bentuk persembahan kesenian yang popular dikalangan masyarakat Terengganu. Rodat biasanya dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan, kenduri kendara, berkhatan, musim menuai, hari Keputeraan Sultan dan di pesta-pesta kebudayaan. Seni persembahan tradisional di di persembahkan dalam bentuk tarian, nyayian serta paluan alat musik yang dipanggil rebana atau rodat.



PULAU REDANG

































Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu dari sembilan buah pulau yang membentuk Taman Laut Kepulauan Redang, di Negeri Terengganu, serta tapak pemuliharan penyu yang penting.

Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang terbesar dan tercantik di pantai timur Malaysia. Salah satu pantai yang cantik di pulau ini adalah Pantai Pasir Panjang.

Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang atau Kuala Terengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat peranginan disini.