My Slide Show

Nuffnang

Saturday, July 31, 2010

MASJID AL-MUKTAFI BILLAH SHAH
















Masjid Al-Muktafi Billah Shah telah dibina di atas tapak seluas 3.3 ekar di tepi Jalan Sultan Mahmud bersebelahan dengan Hospital Kuala Terengganu. Tapak masjid ini asalnya tapak dewan orang ramai dan juga tanah perkuburan Hospital Kuala Terengganu. Perletakkan batu asas Masjid Al-Muktafi Billah Shah telah dilakukan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, pada awal bulan Julai 1978.
Masjid ini dibina dengan rasminya pada 2 Mei 1981 dan telah siap sepenuhnya pada 2 November 1984 dengan menelan belanja sebanyak 8.2 juta. Masjid ini telah digunakan pada 23 November 1984 yang dimulai dengan solat Jumaat.

Di sebelahan mihrab bangunan Masjid ini terletak Makam DiRaja Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu yang ke 15, Al-Marhum baginda telah di makamkan di sini pada hari Jumaat 15 Mei 1998 bersamaan 18 Muharram 1419.



MASJID AL-IKHLAS, BANGGOL TUAN MUDA















Hasrat murni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang sentiasa bercita-cita mahu mengabadikan rumah Allah terpamer dengan terbinanya Masjid Al-Ikhlas, Banggol Tuan Muda, Kuala Terengganu apabila Al-Marhum berkenan membiayai dana pembinaan masjid tersebut. Masjid ini menjadi kebanggaan kepada lebih 1000 orang penduduknya kerana berupaya menjadi pusat ibadat dan penjana budaya Islam sekaligus menggambarkan keprihatinan Al-Marhum dalam usaha meningkatkan keagungan Syiar Islam di kalangan rakyat.

Kedudukkan masjid yang strategik ini iaitu di tepi laluan utama Kuala Terengganu - Kota Bahru turut meletakkannya sebagai pusat ibadat dan penyebaran ilmi di mata masyarakat setempat dan ia juga tidak sunyi dari kunjungan pelawat yang singgah untuk beribadat.

Pembinaan Masjid Al-Ikhlas, Banggol Tuan Muda, Kuala Terengganu ini memperlihatkan wujudnya kesinambungan usaha antara pemimpin, kerajaan negeri dan masyarakat tempatan dalam pengembangan syiar Islam dengan memanafaatkan fungsi masjid sebagai insitusi pemangkin ketamadunan ummah sejagat.


Wednesday, July 28, 2010

Pantai Cagar Hutan































Pantai Cagar Hutan ini adalah salah satu pantai yang terletak di daerah Kemaman. Pantai ini amat sesuai untuk aktiviti perkelahan dan sebagainya.

Sumber di petik dari portal rasmi Daerah Kemaman.


Pantai Bukit Tampin
































Salah satu pantai yang terdapat di daerah Kemaman. Pantai Bukit Tampin ini sesuai untuk tujuan riadah dan aktiviti perkelahan.

Sumber dipetik dari Portal Rasmi Daerah Kemaman.

Pantai Teluk Mak Nik











































Pantai Teluk Mak Nik ini terletak kira-kira 150km dari Kuala Terengganu, Pantai Teluk Mak Nik merupakan sebuah pantai peranginan yang begitu sesuai bagi anda yang ingin mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

Walaupun kadang-kadang ombak bergelora dan kuat pada musim tengkujuh, namun pantai yang dikatakan memperolehi namanya sempena nama seorang bidan kampung yang pernah menetap di pantai tersebut hampir 100 tahun lampau itu tetap menjadi pilihan atau tarikan para pengunjung untuk beriadah dan berkelah dan menikmati pemandangan yang mendamaikan jiwa.

Penyedian kemudahan awam seperti tempat duduk berbumbung di pantai itu juga menjadikan ia sebagai tempat melepak untuk menghilangkan tekanan kerja.


Monday, July 26, 2010

Ketupat Sotong Terengganu









































Ketupat Sotong ini adalah salah satu makanan tradisi Terengganu. Biasanya dihidangkan terutama pada hari-hari perayaan atau sebagainya. Jom kita tengok resepi bagaiman nak membuat ketupat sotong ini.

Bahan-bahan:

1kg Sotong sederhana besar
250gm beras pulut
Santan
Seinci halia dipotong halus
5 ulas bawang merah dipotong halus
Sesudu kecil halba
Garam
Lidi dipotong kecil

Cara membuatnya:
1. Beras pulut di masak, setelah masak biarkan sejuk.
2. Masukkan pulut dalam anggaran 3/4 penuh kedalam sotong yang telah di bersihkan. Gunakan lidi untuk mengemaskan hujung sotong.
3. Santan dicampur halba,halia, bwg merah dan garam, kemudiaan masukkan sotong yang telah disiap kedalam periuk. Api hendaklah kecil untuk mengelakkan santan naik minyak.
4. Api dimatikan apabila sotong telah masak.

Cara hidangan:

Ketupat sotong ini boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi putih.


Friday, July 23, 2010

Paung Goreng















































Paung Goreng ini adalah salah satu makanan tradisi Negeri Terengganu. Sesiapa yang tak pernah datang atau tinggal di Terengganu tentu akan janggal dengan kuih ini.

Ia menggunakan bahan seperti tepung pulut dan berintikan ikan. Ermm....jom kita tengok resepi kat bawah ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

1/2 kg tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil gula
garam secukupnya

Cara membuat:

1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup).
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.

Sumber : http://hanieliza.blogspot.com/







Kuih Tepung Bunga















Ini salah satu makanan tradisional orang-orang di Terengganu. Nama kuih ini adalah kuih Tepung Bunga. Di perbuat dari tepung pulut,telur ayam dan air. Kebiasaannya hanya akan didapati pada bulan puasa sahaja. Jarang sangat terdapat pada hari-hari biasa.

Jom kita kongsi resepi macam mana nak buat kuih ni.

Bahan-bahan:

500 gram tepung pulut
3 biji telur ayam
2 cawan air
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

  1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga membentuk doh. Bentukkan doh sebesar guli dan leperkan .
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul rata.
  3. Celupkan adunan tepung tadi dalam bancuhan telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk menyerap minyak.





Resepi Keropok Lekor Terengganu




























Hai semua...nak tahu macam cara nk buat keropok lekor ala Terengganu? senang je... meh kita cuba resepi kat sini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

20 ekor ikan mackerel
11/2 peket tepung ubi
sedikit garam & serbuk perasa
sedikit air

Cara membuatnya:
1. Bersihkan ikan, buang kulit ikan dengan mengoyakkan kulit dari kepada ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
2. Potong isi ikan kecil-kecil supaya mudah untuk dikisar. Kisar isi ikan hingga hancur.
3. Selepas dikisar kesemua isi ikan, masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit kedalam bekas yang mengandungi isi ikan yang telah dikisar tadi. Gaul sehingga tepung ubi tadi habis.
4. Masukkan garam & serbuk perasa secukup rasa.
5. Ambil adunan tepung tadi dan gentel diatas papan. Bentuk mengikut suka rasa sendiri.
6. Panaskan air dalam periuk.Masukkan keropok yang telah siap digentel dan dibentukkan ke dalam air yang telah mendidih.
7. Angkat keropok setelah ianya timbul pada permukaan air rebusan. Keropok yang telah direbus terlebih dahulu boleh tahan lama sekiranya di simpan di dalam peti ais.
8. Keropok yang belum direbus boleh juga terus digoreng. Sedap bila dimakan panas-panas.

Untuk membuat sos, masukkan air kedalam periuk dengan api yang perlahan. Masukkan cili yang telah dikisar, gula melaka dan air asam jawa. Bila air mendidih, masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Akhirnya sekali masukkan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah sos.

selamat mencuba!!





Thursday, July 22, 2010

JALA EMAS





























Satu lagi makanan tradisional Negeri Terengganu yang dipanggil "Jala Emas" yang menggunakan telur itik.

Dinasihatkan kepada sesiapa yang menghidap penyakit kencing manis, jangan makan banyak sangat sebab jala emas ini sungguh manis rasanya.




Wednesday, July 21, 2010

Budu Terengganu


































Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia terutama di Kelantan dan Terengganu. Budu diproses daripada ikan bili yang diperam hingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat perushaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam atau air perahan limau nipis.



Laksa Terengganu














Laksa Kuah Masak
















Laksa Kuah Mentah



Laksa Terengganu merupakan sejenis makanan berkuah seperti mee yang popular di Terengganu.

Laksa Terengganu biasanya dihidangkan berama 2 jenis kuah, iaitu kuah masah dan kuah mentah. Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang diharong(dicampur air panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampur dengan lada hitam, bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa Johor, tetapi lebih kuning. Kuah mentah biasanya tidak tahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak dihidangkan.

Laksa Terengganu biasanya dihidangkan dalam beberapa gabungan dengan menggunakan laksa tepung(gandum) atau laksa beras contohnya laksa tepung dan kuah masak, laksa tepung dan kuah mentah, laksa beras dan kuah masak atau laksa beras dan kuah mentah.

Pada kebiasaanya laksa Terengganu di makan dengan menggunakan tangan(lebih asli).



Tuesday, July 20, 2010

Tarian Ulik Mayang


































Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari.



Tarian Gamelan










































Tarian Gamelan merupakan salah satu tarian melayu klasik. Tarian klasik ini mula direkodkan dan dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke 17. Ia mula dipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan, Pahang pada tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, Putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang.

Ia mula diperkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.

Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan. Tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis sahaja berikutan kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu lagi. Antara 33 jenis tarian yang masih tinggal itu adalah seperti Timang Burung, Ayak-ayak, Lambang Sari, Ketam Renjung, Geliung, Lantai Lima, Kending Gajah, Togok Rompin, Kunang-kunang Mabuk, Galuk Merajuk, Silatin, Lolo dan Monab.

Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian melayu.




Setiu

















Kawasan Daerah Setiu















Masjid Penarik Setiu Terengganu.


Setiu merupakan salah satu daerah di Negeri Terengganu. Jumlah penduduk di daerah Setiu ialah seramai 54,883 orang (tahun 1998).

Setiu adalah nama seorang Pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun 1870an. Ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka. Antara mereka adalah seorang Pahlawan yang bernama Tok Setiu. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain dari kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda.
Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II iaitu Sultan Terengganu yang ke 10 (1875-1881).

Saturday, July 17, 2010

Kemaman





































































Kemaman merupakan daerah di Negeri Terengganu, Malaysia. Pusat daerah Kemaman ialah Chukai. Keluasan daerah Kemaman ialah 8000 batu persegi (254000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Kemaman mengadap Laut China Selatan.

Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di Bandar Chukai.

Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu:

1. Kawasan Pantai
2. Kawasan Pendalaman.
3. Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai).

Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dan majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini memanjang sejauh kira-kira 38 batu dari Kuala Kemaman dan Kertih. Lebih separuh penduduk Kemaman tertumpu di kawasan ini.

Kawasan pendalaman daerah ini pula mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan berbukit bakau. Kawasan ini kaya dengan hasil bijih timah, tanaman kelapa sawit dan kayu kayan. Justeru itu, penempatan yang berlaku ada hubungkait dengan aktiviti ekonomi setempat.

Di samping itu, kawasan kaki bukit daerah ini mempunyai jumlah penduduk kedua ramainya. Kawasan ini terletak di antara kawasan persisiran pantai dan kawasan pendalaman. Aktiviti utama penduduk kawasan ini adalah sebagai petani.

Kemaman mempunyai 2 buah perlabuhan, satu di Kerteh dan satu di Teluk Kalong. Industri di Kemaman berasaskan petrolium dan keluli. Kemaman juga mempunyai bandar di sepanjang pantai daerah Kemaman. Bermula bandar Chukai, bandar baru Kijal, bandar peranginan Kijal, pekan Kemasik dan bandar Kertih.



Dungun













Pekan Dungun












Pokok Dungun













Majlis Daerah Dungun















Daerah Dungun dan Kawasanya.


Dungun merupakan sebuah daerah dalam Negeri Terengganu. Namanya dipercayai berasal daripada nama Pokok Dungun, sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar. Dungun dipercayai telah dibuka oleh pendatang dari Pagar Ruyung, Sumatera, berdasarkan kepada perkara berikut:

#Kebanyakkan orang Dungun pada satu masa dahulu berasal dari Kepulauan Indonesia.
# Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia, umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya.




Besut


























































Besut merupakan daerah yang terletak di utara Negeri Terengganu. Ia bersempadan dengan Negeri Kelantan di utara, daerah Setia di selatan dan Laut China Selatan di timur. Pantainya bertanah beris dan menghadap pulau yang terkenal seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

Ibu daerah Besut ialah Jerteh. Penduduk Besut bertutur dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.



Hulu Terengganu

















Hulu Terengganu atau Ulu Terengganu merupakan sebuah daerah yang agak terpencil di Negeri Terengganu namun mula dikenali setelah adanya projek hidroelektrik Kenyir. Kini tasik buatan manusia itu amat dikenali sebagai destinasi pelancongan di Negeri Terengganu.

Namun begitu kelahiran nama Terengganu Darul Iman itu sendiri ada kaitan yang sangat rapat dengan Hulu Terengganu. Ini kerana Batu Bersurat Terengganu yang menyatakan daerah ini mula-mula menerima Islam di Terengganu malah di Malaysia. Ia dijumpai di Kampung Buluh iaitu di sebuah kampung di Hulu Terengganu.

Kuala Berang merupakan pekan paling dikenali di Hulu Terengganu. Masyarakat di sini lebih tertumpu di sini dalam urusan harian kerana pusat pemerintahan daerah dijalankan di sini. Segala macam pembangunan sudah diperlihatkan oleh Kuala Berang untuk mengambarkan Hulu Terengganu tidak sama seperti di tempat lain kerana lazimnya hulu itu di ketahui akan terpencilnya sesuatu kawasan itu. Kebanyakkan masyarakat di sini adalah petani. Namun kini ramai yang beralih arah kepada menjadi peniaga.



Friday, July 16, 2010

MARANG



































Marang terletak di Negeri Terengganu, Malaysia. Marang menjadi tempat perhentian untuk menyeberang ke Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia dan lain-lain lagi. Pulau Kapas merupakan pulau yang indah, menarik pengunjung dari serata dunia.

Marang terletak di tepi Laut China Selatan. Banyak muka buminya adalah kawasan paya di sebelah barat. Sungai Marang mengalir dari Bukir Kor dan Gunung Gajah Terom.


KUALA TERENGGANU


































































































Kuala Terengganu ialah ibu negeri dan juga Bandar Diraja bagi Negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Ia terletak 500km di timur laut Kuala Lumpur dan mengadap Laut China Selatan. Kuala Terengganu telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air dan menjadi Bandar Raya pada 1 Januari 2008.

Bandar ini mempunyai jumlah penduduk seramai 357,256 pada tahun 2007. Namanya bererti Muara Sungai Terengganu. Kuala Terengganu merupakan antara bandar pelancongan popular dan hotelnya mencatatkan kadar penginapan yang tinggi sepanjang tahun.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Terengganu dan sekitarnya.

Antara tempat menarik termasuk Wisma Darul Iman, Kampung Cina, Pasar Payang, Istana, Muzium Negeri, Pulau Duyung dan Komplek Kraf Noor Arfa.

Kuala Terengganu terkenal dengan kraf tangannya, terutama songket dan ukiran tembaga. Produk kraftangan Terengganu menjadi koleksi ekslusif di seluruh dunia.

Seterusnya, Kuala Terengganu juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayan seperti tarin ulik mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar dan permainan gasing.

Penduduk Kuala Terengganu yang terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perahu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dulu sehingga sekarang termasuk dikampung Losong, Duyung, Teluk Pasu dan Pulau Rusa.

Pantai dan Pulau yang berada di dalam kawasan Kuala Terengganu seperti Pulau Rendang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, Pantai Batu Buruk, Teluk Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.

Kuala Terengganu kini semakin mendapat tempat di mata dunia di mana pelbagai kejohanan sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa diadakan di bandar Kuala Terengganu. Antaranya Piala Monsun Terengganu, Sultan's Cup Endurance Ride dan FEI World Endurance Championship 2008.