My Slide Show

Nuffnang

Tuesday, July 6, 2010

Busana Melayu Terengganu

Terengganu sebuah negeri di Pantai Timur terkenal dengan songket selain kaya dengan hasil laut juga perusahaan logam dan perak.

Jom, mari kita lihat beberapa busana melayu yang terdapat di Terengganu.

Lelaki memakai baju melayu yang berbelah didepan dipadankan dengan samping songket dan tengkolok. Wanita memakai Baju Kebaya potongan lama dari broked Cina dan sarung songket Terengganu.



















Lelaki memakai baju Teluk Belanga cara Terengganu, bersamping songket dan berbekung. Wanita kurung berbaju Teluk Belanga songket bunga tabur serta berselendang.



















Baju Kebaya Labuh kain kasa berbunga dipadankan dengan batik Terengganu corak berbunga.



















Baju Melayu yang dipakai oleh lelaki Melayu di Terengganu sejak dahulu dipadankan dengan kain samping pelikat berdagang luar.




















Untuk keterangan lanjut tentang Busana Melayu Terengganu, sila klik ke website ini ye.



No comments:

Post a Comment