My Slide Show

Nuffnang

Friday, July 23, 2010

Resepi Keropok Lekor Terengganu




























Hai semua...nak tahu macam cara nk buat keropok lekor ala Terengganu? senang je... meh kita cuba resepi kat sini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

20 ekor ikan mackerel
11/2 peket tepung ubi
sedikit garam & serbuk perasa
sedikit air

Cara membuatnya:
1. Bersihkan ikan, buang kulit ikan dengan mengoyakkan kulit dari kepada ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
2. Potong isi ikan kecil-kecil supaya mudah untuk dikisar. Kisar isi ikan hingga hancur.
3. Selepas dikisar kesemua isi ikan, masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit kedalam bekas yang mengandungi isi ikan yang telah dikisar tadi. Gaul sehingga tepung ubi tadi habis.
4. Masukkan garam & serbuk perasa secukup rasa.
5. Ambil adunan tepung tadi dan gentel diatas papan. Bentuk mengikut suka rasa sendiri.
6. Panaskan air dalam periuk.Masukkan keropok yang telah siap digentel dan dibentukkan ke dalam air yang telah mendidih.
7. Angkat keropok setelah ianya timbul pada permukaan air rebusan. Keropok yang telah direbus terlebih dahulu boleh tahan lama sekiranya di simpan di dalam peti ais.
8. Keropok yang belum direbus boleh juga terus digoreng. Sedap bila dimakan panas-panas.

Untuk membuat sos, masukkan air kedalam periuk dengan api yang perlahan. Masukkan cili yang telah dikisar, gula melaka dan air asam jawa. Bila air mendidih, masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Akhirnya sekali masukkan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah sos.

selamat mencuba!!





1 comment:

  1. saya tengah mencari resepi keropok lekor..biasanya orang buat pakai tepung sagu. betul ke boleh pakai tepung ubi?

    ReplyDelete