My Slide Show

Nuffnang

Friday, July 16, 2010

KUALA TERENGGANU


































































































Kuala Terengganu ialah ibu negeri dan juga Bandar Diraja bagi Negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Ia terletak 500km di timur laut Kuala Lumpur dan mengadap Laut China Selatan. Kuala Terengganu telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air dan menjadi Bandar Raya pada 1 Januari 2008.

Bandar ini mempunyai jumlah penduduk seramai 357,256 pada tahun 2007. Namanya bererti Muara Sungai Terengganu. Kuala Terengganu merupakan antara bandar pelancongan popular dan hotelnya mencatatkan kadar penginapan yang tinggi sepanjang tahun.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Terengganu dan sekitarnya.

Antara tempat menarik termasuk Wisma Darul Iman, Kampung Cina, Pasar Payang, Istana, Muzium Negeri, Pulau Duyung dan Komplek Kraf Noor Arfa.

Kuala Terengganu terkenal dengan kraf tangannya, terutama songket dan ukiran tembaga. Produk kraftangan Terengganu menjadi koleksi ekslusif di seluruh dunia.

Seterusnya, Kuala Terengganu juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayan seperti tarin ulik mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar dan permainan gasing.

Penduduk Kuala Terengganu yang terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perahu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dulu sehingga sekarang termasuk dikampung Losong, Duyung, Teluk Pasu dan Pulau Rusa.

Pantai dan Pulau yang berada di dalam kawasan Kuala Terengganu seperti Pulau Rendang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, Pantai Batu Buruk, Teluk Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.

Kuala Terengganu kini semakin mendapat tempat di mata dunia di mana pelbagai kejohanan sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa diadakan di bandar Kuala Terengganu. Antaranya Piala Monsun Terengganu, Sultan's Cup Endurance Ride dan FEI World Endurance Championship 2008.

No comments:

Post a Comment