Taman Tamadun Islam adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Tarikan utama disini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).
Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makan Abu Nasr (Afghanistan), Mimber Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia), dan Mimbar Xian (China).
Bahan asas pembinaan Taman Tamadun Islam ini secara keseluruhannya menggunakan bahan buatan tempatan. Kira-kira 65% pembinaan menggunakan kepakaran tukang tempatan manakala selebihnya menggunakan khidmat profesional pakar pertukangan daripada luar negara. Kesemua 21 replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:8 berbanding saiz asal.
No comments:
Post a Comment