Kuih Bengkang merupakan salah satu makanan tradisi yang terdapat di Negeri Terengganu. Tetapi kuih bengkang ini juga terdapat di mana-mana negeri yang terdapat di Malaysia kerana ianya mudah dibuat dan sangat sedap jika dinikmati di waktu petang.
Jom kita kongsi resepi Kuih Bengkang dari Terengganu ini.
Untuk membuat Kuih Bengkang:
1kg tepung beras
11/2 liter air
4 biji telur ayam
Untuk membuat kuah lemak kuih bengkang:
1 biji kelapa (santan)
1 cawan tepung beras
10 ulas bawang merah (dimayang)
1 sudu halba
1/2 inci halia (dihiris halus)
garam secukup rasa
Untuk membuat kuah manis:
1 cawan tepung beras
4 keping gula melaka (kecil)
2 cawan air
Untuk membuat sambal ikan:
1kg ikan kembung@selayang
1 biji kelapa parut
300g bawang merah
2 inci halia
Cara membuat kuih bengkang:
Tepung beras dibancuh dengan air dan telur, bancuh hingga sebati, kemudian dibakar dalam acuan kuih baulu.
Cara memasak sambal ikan:
Ikan direbus dan diambil isi sahaja. Kemudian santan kelapa, bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding.
Cara membuat kuah lemak:
Bawang merah, halba, tepung beras, halia dan santan dimasak hingga pekat. Masukkan garam secukup rasa.
Cara membuat kuah manis:
Tepung beras, air dan gula melaka dimasak sehingga pekat.
*Resepi ini adalah makanan tradisional Terengganu.
No comments:
Post a Comment