My Slide Show

Nuffnang

Wednesday, August 4, 2010

Lata Belatan
















Lata Belatan terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu dalam kawasan Pentadbiran Hutan Terengganu Utara. Ianya merangkumi kawaasan seluas 20 hektar dan terletak kira-kira 15km ke selatan Bandar Jerteh atau 103 km dari Bandar Kuala Terengganu.

Bagi tujuan keindahan semulajadi, seluruh kawasan dalam kompatment 49 dan 50 dengan keluasan lebih kurang 403 hektar yang meliputi kawasan hutan lipur ini telah dikekalkan. Hutan lipur ini telah di majukan secara berperingkat-peringkat semenjak tahun 1985.

Bagi mereka yang ingin cabaran dan merasai suasana pengembaraan hutan yang lebih bermakna, bolehlah mendaki ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1097 meter dari aras laut Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai kepuncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikkan kawasan ini.

Antara kemudahan yang disediakan disini ialah gerai makan, tandas awam, surau, pondok rehat, jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.

nak tahu cerita selanjutnya?..klik disini.




No comments:

Post a Comment