My Slide Show

Nuffnang

Wednesday, August 11, 2010

Santuari Gajah Sungai Ketiar





















































































Tasik Kenyir yang terletak kira-kira 70 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu menjadi antara tasik buatan manusia yang menakjubkan di dunia.

Kekuatan tarikan alam yang dimilikinya menjadikan Tasik Kenyir yang mempunyai keluasan kira-kira 380,000 hektar, sebagai syurga kepada pencinta alam semula jadi, pemancing, pemain golf serta mereka yang gemarkan aktiviti rekreasi.

Antara tarikan utamanya ialah air terjun, gua, sungai yang kaya dengan ikan air tawar, gunung untuk didaki, denai untuk merentas hutan dan tidak ketinggalan tasik yang sesuai bagi aktiviti sukan air seperti jet ski, berkayak, berkenu serta perlumbaan perahu.

Namun, pengunjung kini boleh menikmati kelainan apabila melawat Tasik Kenyir dengan adanya Santuari Gajah Sungai Ketiar (SGSK) yang baru dibuka pada 29 Jan lepas.

Terletak bersempadan dengan Taman Negara dan Hutan Simpan Hulu Besut serta berdekatan dengan Santuari Kelah di Sungai Petang, SGSK yang meliputi keluasan kira-kira 15,000 hektar, merupakan tarikan baru pengunjung ke tasik berkenaan.

WAKTU MELAWAT

Pengurus SGSK, Zulkifli Ayob, berkata santuari itu yang mula dibuka kepada orang ramai pada 30 Jan lepas, beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Beliau berkata setakat ini, SGSK telah menerima kunjungan 8,800 pelawat dan 69 daripadanya ialah pelancong asing.

"SGSK menerima kunjungan paling ramai pelawat pada Hari Pekerja lepas iaitu seramai 578 orang. Sebahagian besar adalah rakyat tempatan yang melalui kawasan ini untuk ke Tasik Kenyir dan Cameron Highlands," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai yang melalui kawasan berkenaan supaya tidak panik apabila terserempak dengan gajah yang berkeliaran di situ terutama dari pukul 4.30 pagi hingga 6.30 pagi.

"Mereka yang melalui kawasan ini, jangan bunyikan hon kereta atau menyuluh ke arah gajah-gajah liar ini. Tindakan ini akan menyebabkan haiwan ini yang biasanya bergerak dalam kumpulan menjadi ganas," katanya.


sumber dipetik dari Tourism Malaysia



No comments:

Post a Comment